Sebelum ni ada kak ana terbitkan entri kisah menu dalam pantang semasa kak long bersalin tahun lepas di SINI . Antara yang kak ana masakkan untuk kak long adalah lobak putih ni juga, cuma kak ana campurkan lada hitam dan tanpa rencah. 

Kali ini kak ana masak sekali lagi sayur lobak putih, juga masak lemak putih dengan rencah udang kering atau pun ikan bilis. Sedap sebenarnya dan ia tidak lah berbau kuat kerana lobak putih ni ada bauannya yang tersendiri.


Resepi masak lemak sayur lobak putih


Resepi masak lemak sayur lobak putih 


Mudah je resepi masak lemak sayur lobak putih ni, sama sahaja macam masak sayur lemak putih sayuran biasa. Bahan pun tak banyak, tak perlu celur terus masak dalam periuk. Jom kak ana sharekan resepinya. 

Bahan-bahan masak lemak sayur lobak putih 


1 batang sederhana lobak putih 
sedikit udang kering atau ikan bilis pun boleh sebagai perencah
santan kelapa
1 biji bawang kecil 
1 biji cili merah 
garam secukup rasa


sayur lobak putih



Cara masak lemak sayur lobak putih 


1. Kupas kulit lobak putih, basuh bersih dan hiris nipis-nipis.

2. Bawang putih dan cili merah di hiris halus.

3. Campurkan dalam periuk lobak putih , hirisan bawang dan cili merah serta perencah.

4. Masukkan santan cair dan masak pada api perlahan hingga empuk.

5. Bila dah empuk bolehlah masukkan santan pekat dan garam secukup rasa.

6. Matikan api selepas sekali didih dan jangan lupa kacau selalu supaya tak pecah minyak naa.. 

Sedap ke rasa masak lemak sayur lobak putih ni ? Sedap je lemak lemak manis rasa dia . Sedap makan dengan nasi dan ikan bersambal, kalau kak ana lah.. Cuba naa... Semoga bermanfaat,,, 


Lobak putih ini juga kak ana gunakan sebagai rawatan alternatif di rumah ketika kucing terkena penyakit seperti batu karang atau kencing tak lawas. Kisahnya kak ana terbitkan di RAWATAN DI RUMAH PENYAKIT BATU KARANG KUCING


5 Comments

  1. Jarang sekali saya makan lobak putih. Tapi nampak ni macam sedap pula, bolehlah cuba nanti :)

    ReplyDelete
  2. lobak putih sayur berkhasiat masak lomak putih sedap tu

    ReplyDelete
  3. Lobak putih sy suka masuk dalam masak lemak lodeh.. :D

    ReplyDelete
  4. Ini orang yang tak pantang pun makan sedap sangat.. pair kan dengan sambal belacan dan kembung goreng.. aahhhh

    ReplyDelete
  5. Saya sukaaa lobak putih. Memang sedap. Apalagi kalo dimasak seperti yg kak ana buat. Mama dulu sering buat juga ❤️❤️. Jadi teringin beli lobak, masak seperti ini 🤤

    ReplyDelete