Alhamdulillah.. akhirnya habis juga 2 kilo daging korban yang kak ana bawa balik dari kampung dan pemberian menantu kak ana , Aiman dari surau taman kami ni. Dari di jadikan bahan dalam kuey tiaw goreng chinese style , kemudian kak ana masak gulai lemak daging dengan rebung madu dan sebelum ni di jadikan asam pedas daging .


Habis idea dah , kak ana masak kan menu daging masak kicap sahaja penghabisan stok daging korban. Dari Zulhijjah hingga Muharam juga lah baru selesai. Alhamdulillah semoga sempurna ibadah yang empunya daging korban. Aamiin.


resepi daging masak kicap

 Daging masak kicap 


Daging korban ni kak ana simpan dalam freezer dan bila nak guna kak ana akan defrost dengan microwave. Jadi ia tahan lama dan tidak cemar dari kita biarkan ia defrost dalam sinki lama-lama gitu. Tips ni kak ana pelajari dari perkongsian tiktok Dr Malar tu. kalau tak silap. 

Mudah sangat resepi daging masak kicap versi kak ana ni. Kebetulan ada cendawan shitake dan brokoli dalam peti sejuk, kak ana masukkan sekali dalam masakan. Daging kak ana rebus empuk terlebih dahulu sebab bahagian akhir ni ada bahagian urat.

Rebus empuk dalam sejam jugalah.. Kemudian kak ana tumis bawang putih dan halia. Daging tu kak ana hiris dadu kecik dan agak nipis. Masukkan daging dan masukkan kicap manis. Kak ana guna kicap Mudim merah. Kicap kesukaan kak ana nih.

Pas tu masukkan air sedikit dan biar mereneh seketika. Lupa nak bagitau, brokoli tu kak ana celur terlebih dahulu untuk dapatkan warna yang cantik bila di masak. Sebab kalau korang lebur dalam masakan ia akan jadi warna hitam, dan tak nampak segar.

Bila daging dah semakin lembut, masukkan cendawan shitake yang di potong 4 sahaja. Rasakan dengan sesudu sos tiram, serbuk lada sulah, garam secukupnya. Kalau ada kiub ayam masukkan sahaja. Tambah air kalau kering sangat. Untuk dapat kan tekstur kuah yang pekat, kak ana masukkan bancuhan air tepung jagung. 

Akhir sekali masukkan brokoli yang dah celur tadi . Matikan api, siap untuk satu menu hidangan . Selesai dah resepi masakan dengan daging korban yang kak ana terima tahun ni. Alhamdulillah... 

5 Comments

  1. Menarik resipi ni, tak yah buat lauk sayur asing. Jimat masa bersilat kat dapur 😄

    ReplyDelete
  2. sedap ni..ada cendawan shitake..

    ReplyDelete
  3. uishhh sedapnya AJ, terliur tengok

    ReplyDelete
  4. Sedap tu.. Lagi2 daging qurban mesti lembut..

    ReplyDelete
  5. rsepi ala restoren ni.. tq kak ana share resepi... semua dh ada sayur pn ada so x perlu masak lauk lain dah kan?

    ReplyDelete