Nasi kerabu antara menu kesukaan kak ana sekeluarga, dan kalau di kediaman kami ni ada 3 pilihan kedai makan nasi kerabu yang paling premium laa nasi kerabu original pantai timur yang kami selalu pii makan. Gerai Mee Kuoh Udey di Batu 16, Rawang, Gerai Mek Siti dan Warung Che Bunga di Kampung Melayu Sungai Buloh. Memang sedap ori nasi kerabu depa. 

Kak ana pernah buat sekali jer nasi kerabu di rumah. Subhanaallah.. memang remeh kerja nya, banyak step la kalau nak lengkapkan semua bahan dan ramuannya. Penyudahnya tuu laa sekali buat pas tu pakat beli jer laa..


resepi nasi goreng kerabu, serunding ikan


Tapi hari ni kak ana bukan nak cerita nasi kerabu tapi nak share resepi nasi goreng kerabu dengan korang semua. Ianya resepi inspired by nasi kerabu , haa gituuu. Memandangkan ada bahan berunsurkan nasi kerabu maka kak ana namakan resepi ni nasi goreng kerabu. 

Special sikit sebab adanya serunding ikan yang Adik Ika beli dari Ganu, maka tercetuslah idea nasi goreng kerabu serunding ikan. Jom kak ana kongsikan resepi sedap nii buat juadah sarapan pagi kami sekeluarga di suatu hari yang lalu.. tak ingat bila hehe :) 


Resepi nasi goreng kerabu, serunding ikan


resepi nasi goreng kerabu, serunding ikan


Simple jer resepi nii, korang adjust sahaja bahan mengikut apa yang ada di rumah. Memang resepi kak ana nak share selalunya yang mudah dan adjustable kata mat saleh. Kalau nak resepi premium korang cari kat blog Che Nom atau Mat Gebu memang resepi depa paling premium laa, salute sangat. 

Kalau kak ana ni ikut dan jer paling tidak sekadar berkongsi idea masakan untuk yang buntu nak fikir nak masak apa hari ni untuk keluarga atau diri sendiri. Antara bahan yang kak ana gunakan untuk resepi nasi goreng kerabu serunding ikan adalah :

Nasi putih sejukkan dahulu kalau baru di tanak
Ikan bilis kalau nak guna udang kering pun lagi sedap rasanya.
Bawang merah
Bawang putih
Cili api atau cili merah ikut kepedasan masing-masing
Bahan kerabu kak ana gunakan bunga kantan dan kacang panjang - di hiris halus
Sos ikan atau sos sotong
Serunding ikan - ini pilihan kalau ada boleh tabur dalam hidangan nasi goreng kerabu



resepi nasi goreng kerabu, serunding ikan

Jom kita masak nasi goreng kerabu serunding ikan . 

1.Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. 

3. Masukkan sos ikan dalam satu sudu kecil sahaja dan tak perlu buh garam sebab ia dah masin. Kalau tak ada sos ikan buh laa garam secukup rasa.

4. Masukkan kacang panjang , jangan biar garing sangat. 

5. Masukkanlah nasi dan gaul rata dengan bahan. 

6. Matikan api dan taburkan sahaja hirisan bunga kantan dan juga serunding ikan. Ini untuk mengekalkan bahan mentah bunga kantan pada rasa dan aromanya bersama serunding. 

Siap untuk hidangan. Bila makan ada lah rasa kerabu kerana ia di adun mentah dan tidak di goreng bersama nasi awal-awal tadi. Kak ana makan bersama telur mata dan keropok ikan. Nak bagi inspirasi nasi kerabu gitu.. Selamat mencuba naa.... 

3 Comments